Siang tadi aku terbukak astro Prima 105, ada la drama lakonan Fauziah Dato Ahmad Daud/ Ogy, laki bini dengan Nasir Bilal Khan and Mia Sara jadik anak diorang. Sebenarnya bila tengok drama ni, aku teringat pada satu cerita dulu, aku ada terbaca satu kisah ni pasal sepasang laki bini yang dah lama tak dapat anak, pastu dah beberapa tahun berlalu diorang pun dapatlah anak. Nak dijadikan ceritanya, bini dia ni cukup pengemas dan pembersih, kalah aku, eceh nak jugak..eh takdelah takdelah, pastu bini dia ni memang tak boleh kotor sikit, asik keje nak mengemop je tak menahan. Bila anak dah besar, biasalah budak-budak, mesti ada aktiviti sepah-menyepah, mewarna, menggunting.. mulalah nak menyirap, ha nama Ogy dalam drama ni Aida, ha mulalah si Aida ni nak menyirap pasal dia memang tak suka sepah-sepah. Kira banyak kali la anak dia lakonan Mia Sara ni kena marah, kena herdik dan tengking oleh dia. (anak-anak ni adalah cermin kita, jangan harapkan anak berperangai elok jika perangai kita sendiri tak elok.)
Cerita ni lebih kurang sama la dengan cerita yang aku pernah baca, tak taulah ada kena mengena ke tak, tapi moral of the story daripada kedua-duanya sangat menarik dan eloklah dijadikan iktibar.
Bila bersepah je mulalah dia memekik-mekik panggil laki dia dan anak dia suruh kemas, disusuli sekali dengan bebelan dan pekik tempik semua. Tapi yang tak bole blah nya tu, sebenarnya dia sedar perangai dia macamtu, tapi bila masa tu sampai dia macam tak boleh kawal, dan meletup, melepaskan kemarahan dia. Nak dipendekkan cerita, kira dah nak ending drama la nih..laki dia macam biasa pegi kerja, anak dia minta izin nak kaler, tapi dia pesan la baik-baik supaya anak dia ni jangan dok menyepah lagi, tapi adatlaaa budak-budak kan...nah! dia pegi ajak kawan-kawan dia kaler, dok tampal-tampal sticker sana sini, pastu kawan-kawan dia nak pegi main kat tempat lain, selamba je la tinggal sepah-sepah tu, sekejap lagi mak dia datang tercengang tengok lantai penuh sepah ngan barang-barang anak dia tadi, apelagi....mengamuk la dia, anak dia siap cakap minta maaf, tapi kalau dah nama pun mengamuk memang peduli hape la kan...
Bab paling sedih sekali la, masa mak dia dok marah-marah tu, dia dah tak tahan agaknya la kan, dia pun lari menuju ke pagar, pastu biasala, kereta lalu dan langgar si budak ni....dipendekkan lagi cerita, mak dia ni..Aida ni tadi dah jadi macam orang tak betul la, dia pulak yang dok mengaler barang-barang anak dia sambil tangan dia mesti pegang baju yang anak dia pakai masa eksiden tadi tuh. Sadis.
Cuma yang aku baca tu mak dia yang dah tak betul tu pegi amik kertas, koyak-koyakkan kertas macam yang arwah anak dia selalu buat yang dia dok marah-marah selalu tu. Kira macam menyesal la, mungkin dia rasa nak kembalikan balik suasana sepah rumah tu...maksudnya biarlah rumah sepah asalkan ada anak. Pasal dulu dia yang beria-ria nak anak, tapi bila dah ada anak, budak tu buat sepah dah tak daya nak melayan.
Tapi memang betul, tak semua orang faham fitrah kanak-kanak. Itulah gunanya berdoa, ye tak? Kita manusia ni sampai tahap mana je la kemampuan kita kalau kita usaha sedaya upaya pun, kalau tak berdoa, sebab kita ni ibarat macam sombong jikalalu kita tak reti nak meminta-minta pada Nya.
Kesimpulannya, biarlah rumah bersepah, takpe. Nanti-nanti kan boleh kemas. Selagi tak merbahaya tak apa pada aku. Memang fitrah tumbesaran kanak-kanak untuk minda dia berkembang ni banyak nak mencuba benda-benda baru. Banyak-banyakkan bersabar dan istigfar. Inshaa Allah.
Cerita ni ada ciri2 OCD dari sikap
ReplyDeleteOGY
KADANG2 ZAMAN DULU TAK SEDAR
PENYAKIT NI
Alhamdulilah dah lame cari tajuk cerite ni akhirnya jumpe jugak
ReplyDeleteSaya sebak menangis2 tgk cerita ni.. Nak tahu lagu tema tajuk apa ye..x jumpa
ReplyDeleteDapat dah.. Alhamdulillah.. Kali terakhir kulihat wajahmu
ReplyDeleteTengok di mana ya?
Delete